ADN

Permatang bakal jadi destinasi tumpuan pelancong di Selangor

11 Ogos 2023, 1:28 AM
Permatang bakal jadi destinasi tumpuan pelancong di Selangor

OLEH NAJAMUDDIN MOHD NOR

KUALA SELANGOR, 11 OGOS: Menteri Pelancongan Seni dan Budaya memberi jaminan akan menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang sebagai destinasi tumpuan pelancong di Selangor.

Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beberapa kawasan di Permatang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan sekali gus dapat merancakkan ekonomi masyarakat setempat.

"Banyak tempat menarik boleh dijadikan tarikan pelancong seperti melihat keindahan Sungai Selangor dengan menaiki bot, promosi restoran-restoran makanan laut dan juga membangunkan agro pelancongan," ucapanya di majlis perjumpaan dengan masyarakat Cina di Restoran River View di sini semalam.

Beliau yang hadir bagi membantu kempen calon DUN Permatang Mohd Yahya Mat Sahri atau Pak Ya berkata, rakyat mesti mengundi calon Kerajaan Perpaduan bagi membolehkan pembangunan pelancongan secara bersepadu bersama kerajaan pusat di kawasan itu.

"Pembangunan pelancongan tidak dapat dilakukan secara bersepadu jika calon kerajaan kalah di Permatang.

"Jadi kenalah undi Pak Ya calon no 1 sebagai wakil rakyat pada 12 Ogos ini," katanya.

Sementara itu Pak Ya berkata, kehadiran King Sing menunjukkan Kerajaan Perpaduan serius untuk menjadikan Permatang sebagai destinasi pelancongan di Selangor.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619