ADN

Satu kampung satu produk usahawan, azam Pak Ya untuk DUN Permatang

6 Ogos 2023, 10:08 AM
Satu kampung satu produk usahawan, azam Pak Ya untuk DUN Permatang

Oleh NAJAMUDDIN MOHD NOR

TANJONG KARANG, 6 OGOS: Satu kampung, satu produk usahawan. Itu tekad calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat.

Mohd Yahya Mat Sahri atau Pak Ya berkata, ia berdasarkan potensi yang terdapat di sesebuah kampung berkenaan.

"Pak Ya bertekad untuk membantu setiap kampung di Permatang mesti ada satu industri usahawan atau produk sendiri seperti agro pelancongan, memandangkan banyak kampung di sini memiliki sawah padi saujana mata memandang.

"Melalui bantuan dan galakan daripada agensi kerajaan dan negeri, kita boleh inovasi potensi sekali gus menjana pendapatan. Pelbagai perniagaan akan wujud seperti peniaga makanan, cenderamata dan sebagainya sekali gus merancakkan ekonomi setempat," katanya pada sidang media di bilik gerakan, di sini.

Selain itu Pak Ya berkata, industri kecil dan sederhana (IKS) akan diperkasakan terutama kepada golongan petani dan nelayan di DUN Permatang bagi membantu mereka tidak terlalu bergantung kepada hasil pertanian dan laut semata-mata.

"Pak Ya tekad membantu nelayan, inovasikan hasil laut bagi membantu mereka menghasilkan produk seperti keropok, belacan, ikan kering dan sebagainya.

"Juga kepada orang kampung khususnya petani, Pak Ya mahu membantu mereka menceburi IKS seperti menghasilkan produk berasaskan makanan, Insyaallah Pak Ya akan bantu mereka jika menjadi wakil rakyat DUN Permatang," katanya.

DUN Permatang menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Pak Ya dan Nurul Syazwani daripada Perikatan Nasional.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619