ADN

Wanita berkempen walau hidap barah tahap empat

5 Ogos 2023, 1:57 AM
Wanita berkempen walau hidap barah tahap empat

KUALA SELANGOR, 5 OGOS: Meski menghidap barah ovari tahap empat, ketua Wanita Umno cawangan Kampung Bukit Kuching di sini tekad membantu calon Pakatan Harapan (HARAPAN) kerusi Bukit Melawati.

Julaina Sulaiman, 48, menegaskan beliau tidak akan sesekali mengaku kalah semata-mata disebabkan penyakitnya itu hingga mengabaikan perjuangan demi kepentingan negara.

"Kenapa hendak mengalah dengan penyakit? Ini demi negara kita, masa depan anak cucu kita, saya tak mahu menyesal nanti.

"Ada (orang) yang berumur 70, 80 tahun masih bersemangat, kita baru diuji sikit macam ini kenapa duduk diam? Bukan saya terlentang tidak boleh bangun," katanya pada 3 Ogos.

Dalam pertemuan dengan calon Thiban Subbramaniam di Kampung Asahan di sini, ucapan beliau membakar semangat jentera parti selain menerima tepukan gemuruh penyokong HARAPAN dan Umno.

Turut hadir, Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor Sopiah Din.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619