ADN

Calon Bukit Melawati sahut cabaran jika diajak berdebat

6 Ogos 2023, 9:25 AM
Calon Bukit Melawati sahut cabaran jika diajak berdebat
Calon Bukit Melawati sahut cabaran jika diajak berdebat

KUALA SELANGOR, 6 OGOS: Calon Bukit Melawati sedia berdebat dengan saingannya jika ada mana-mana organisasi bukan kerajaan (NGO) mahu menganjurkan program tersebut.

Thiban Subbramaniam yakin pendekatan itu mampu membantu pengundi khususnya golongan muda membuat keputusan untuk memilih calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.

"Saya tak pasti bagaimana pihak sebelah sana sebab di sini satu lawan satu.

"Sekiranya ada pihak sama ada NGO anak muda yang ingin anjurkan debat untuk kedua-dua calon, saya bersedia dan kita boleh berlawan dengan fakta dan idea supaya rakyat, anak muda boleh buat keputusan tepat," katanya.

[caption id="attachment_596682" align="alignnone" width="801"] Calon Bukit Melawati Thiban Subbramaniam pada majlis bersama Pekawanis di Pejabat Umno bahagian Kuala Selangor pada 6 Ogos 2023. Foto NAZLI IBRAHIM/SELANGORKINI[/caption]

Dalam perkembangan itu, Thiban akan mengadakan sesi sembang santai melalui aplikasi TikTok mulai hari ini bagi membuka ruang untuk anak muda mengemukakan apa sahaja soalan.

"Saya tahu ramai anak muda main TikTok. Saya nak buka platform untuk mereka bertanya secara langsung untuk saya jawab supaya mereka boleh menilai apa kebolehan calon mereka," katanya.

Thiban berdepan calon Perikatan Nasional dari Bersatu, Noorazley Yahya dalam pertembungan satu lawan satu pada pilihan raya negeri nanti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619