ADN

Azam modenkan pembangunan, jadikan Selangor negeri pintar

3 Ogos 2023, 12:48 PM
Azam modenkan pembangunan, jadikan Selangor negeri pintar

SHAH ALAM, 3 OGOS: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia berazam mahu memodenkan pembangunan Selangor sekiranya diberi mandat pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Dr Mohammad Fahmi Ngah yang juga pengarah urusan Institut Penyelidikan Selangor berkata beliau juga tekad ingin menjadikan negeri itu sebagai negeri pintar menjelang 2025.

"Kaedah moden itu sudah ada tetapi sekiranya kita boleh bawa masuk (lebih banyak kaedah moden) dan selesaikan banyak perkara mungkin ia lebih bermakna kepada rakyat.

"Kita juga tidak boleh lagi bergantung kepada hasil pertanian sepenuhnya memandangkan tanah tidak cukup, kita juga tiada minyak dan galian," katanya menerusi wawancara bersama FMT baru-baru ini.

Dr Fahmi yang berkelulusan bidang doktor falsafah (PhD) Kejuruteraan Aeronautik dari Imperial College London turut menggesa anak muda rajin belajar dan menguasai bahasa Inggeris.

"Ada sebab kenapa Elon Musk (pengasas dan ketua pegawai eksekutif SpaceX) bertapak di Selangor sebab ada kemampuan intelektual.

"Untuk abad mendatang aset kita adalah kemampuan intelektual dan pembentukan kecerdasan buatan (AI), ini peluang baik untuk anak muda bekerja dan mendapat gaji tinggi.

"Sebab itu anak muda patut rajin belajar mulai sekarang dan kuasai bahasa Inggeris, ilmu sains serta bersedia apabila satu-satu pekerjaan tercipta mereka boleh masuk," ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619