AGENDA

Jumlah penduduk Malaysia dianggar 33.4 juta pada 2023

31 Jul 2023, 10:14 AM
Jumlah penduduk Malaysia dianggar 33.4 juta pada 2023

KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Penduduk Malaysia dijangka bertambah 2.1 peratus pada 2023, diterajui oleh migrasi antarabangsa, data rasmi menunjukkan Isnin.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah penduduk Malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022, kata Xinhua.

Menurut DOSM, peningkatan kadar pertumbuhan penduduk adalah disebabkan oleh bilangan bukan warganegara yang lebih tinggi yang berkemungkinan meningkat daripada 2.5 juta pada 2022 kepada 3 juta pada 2023.

Populasi penduduk juga diunjurkan meningkat daripada 30.2 juta pada 2022 kepada 30.4 juta pada 2023 dengan pertumbuhan kecil sebanyak 0.7 peratus.

Komposisi penduduk bagaimanapun diunjur menurun daripada 92.4 peratus pada 2022 kepada 91.1 peratus pada 2023.

Ini disebabkan oleh peningkatan komposisi penduduk bukan warganegara daripada 7.6 peratus kepada 8.9 peratus dalam tempoh sama.

Peningkatan itu selaras dengan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April 2022 dan pelaksanaan Program Penstrukturan Semula Pekerjaan 2.0 mulai Januari 2023.

Menurut DOSM, jumlah lelaki mengatasi wanita pada 2023 dengan masing-masing 17.5 juta dan 15.9 juta.

Nisbah jantina bagi keseluruhan populasi ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Komposisi penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) diunjurkan meningkat daripada 69.6 peratus pada 2022 kepada 70.0 peratus pada 2023.

Peratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas (usia tua) dijangka meningkat daripada 7.2 peratus kepada 7.4 peratus bagi tempoh sama.

Sementara itu, komposisi penduduk berumur 0-14 tahun (umur muda) pada 2023 diramal menurun kepada 22.6 peratus berbanding 23.2 peratus pada 2022.

- BERNAMA-XINHUA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619