AGENDA

Remaja antara dua ditahan terbangkan dron ketika penamaan calon

29 Jul 2023, 3:36 PM
Remaja antara dua ditahan terbangkan dron ketika penamaan calon

KOTA BHARU, 29 JULAI: Seorang remaja berusia 14 tahun antara dua suspek lelaki yang ditahan selepas disyaki menerbangkan dron berhampiran Pusat Penamaan Calon (PPC) pilihan raya negeri (PRN), hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kes pertama berlaku di PPC Kolej Vokasional Pasir Mas, Bunut Susu pada 9.45 pagi.

“Susulan itu anggota polis telah mengarahkan suspek berusia 55 tahun untuk menurunkan dron tersebut.

“Polis kemudian bertindak merampas satu unit dron DJI Mini 3 Pro dan satu alat kawalan jauh. Suspek kemudian telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhamad Zaki berkata kes kedua dilaporkan berlaku di PPC Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa kira-kira 10.03 pagi.

“Ketika kejadian seorang remaja berusia 14 tahun dikesan sedang menerbangkan dron di kawasan kejadian. Polis telah mengarahkan supaya dron itu diturunkan sebelum dirampas bersama seunit telefon bimbit iPhone 7 Plus, suspek telah ditahan dan dibawa ke IPD Kota Bharu bagi tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua kes tersebut dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).

“Pihak CAAM telah dihubungi bagi tindakan lanjut di bawah Peraturan 140 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619