AGENDA

Amaran hujan lebat empat daerah Selangor, Putrajaya hingga 3 petang

29 Jul 2023, 4:49 AM
Amaran hujan lebat empat daerah Selangor, Putrajaya hingga 3 petang

SHAH ALAM, 29 JULAI: Empat daerah di Selangor diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga 3 petang ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan empat daerah berkenaan ialah Sabak Bernam, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal berlaku di seluruh Melaka, Putrajaya dan beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan serta Johor.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619