PBT

MPAJ saran orang ramai serah kenderaan tidak digunakan untuk pelupusan

28 Jul 2023, 1:58 AM
MPAJ saran orang ramai serah kenderaan tidak digunakan untuk pelupusan
MPAJ saran orang ramai serah kenderaan tidak digunakan untuk pelupusan

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 28 JULAI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mewujudkan Pusat Sehenti Kenderaan Terbiar untuk menggalakkan orang awam menyerahkan kenderaan milik persendirian yang tidak digunakan lagi secara sukarela.

Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad berkata usaha itu secara tidak langsung dapat membantu untuk mengawal lambakan kenderaan terbiar di tempat awam.

"MPAJ merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Malaysia yang melaksanakan usaha sebegini.

"Perkara ini juga akan membantu mewujudkan persekitaran kawasan Ampang Jaya ke arah lebih baik," katanya ditemui selepas mesyuarat penuh MPAJ.

Tambahnya, pada asalnya pelupusan kereta terbiar mengambil masa enam hingga 12 bulan namun selepas dipilih Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan  untuk melaksanakan projek rintis proses pengurusan kenderaan terbiar melalui pendakwaan di mahkamah, proses berkenaan dapat disingkatkan kepada dua hingga empat bulan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619