AGENSI

Infrasel teruskan kerja turap jalan mega di empat daerah

27 Jul 2023, 3:58 AM
Infrasel teruskan kerja turap jalan mega di empat daerah
Infrasel teruskan kerja turap jalan mega di empat daerah

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 27 JULAI: Projek turapan mega yang giat dilaksana di seluruh negeri sejak Mei lalu diteruskan Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) ke beberapa lokasi di empat daerah.

Syarikat penyelenggara jalan negeri berkata kerja baik pulih jalan menggunakan kaedah turapan atas permukaan jalan sedia ada yang gagal berfungsi dimulakan di Jalan Aman Putra, Sepang, semalam.

Sehari sebelum itu, kerja turapan turut dilaksana di Pangsapuri PKNS Jalan Enggang Taman Keramat (Hulu Kelang) dan Jalan 1/3 Bandar Teknologi Kajang (Hulu Langat).

Sementara pada 23 Julai, kerja turapan jalan turut dilaksana di Jalan Kunci Air Kampung Rantau Panjang (Klang).

"Hasil Selangor buat rakyat Selangor. Nantikan jalan raya yang lebih baik buat rakyat Selangor," katanya ringkas di Twitter.

[caption id="attachment_595298" align="aligncenter" width="815"] Syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menurap Jalan Aman Putra Sepang pada 26 Julai 2023. Foto Twitter Infrasel[/caption]

Pada 9 Julai, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim memaklumkan kerja turapan jalan rosak besar-besaran di sembilan daerah meliputi jarak 94.9 kilometer siap 25 peratus.

Projek melibatkan 118 jalan merangkumi jalan pihak berkuasa tempatan, jabatan kerja raya, jabatan pengairan dan saliran serta daerah dijangka siap hujung bulan ini seperti dijadualkan.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata projek berskala besar dengan dana RM50 juta bagi memastikan jalan raya negeri berada dalam keadaan baik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619