AGENDA

1.3 juta penjawat awam terima bantuan khas penghargaan RM300

27 Jul 2023, 3:42 AM
1.3 juta penjawat awam terima bantuan khas penghargaan RM300

SHAH ALAM, 27 JULAI: Seramai 1.3 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima bantuan khas penghargaan sebanyak RM300.

Perdana menteri berkata bantuan RM200 turut diberikan kepada sejuta pesara kerajaan termasuk yang berpencen, penerima pencen terbitan dan pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen juga bakal menerima manfaat sama.

"Bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara," katanya ketika melancarkan pelan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat hari ini.

"Dengan pemberian permulaan ini diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan."

Anwar, yang juga menteri kewangan menjelaskan Putrajaya akan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam melihat kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau menambah Ekonomi Madani yang diumumkan hari ini bertujuan memberi perkhidmatan terbaik, sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan untuk merealisasikan gaji baharu penjawat awam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619