AGENDA

DAP tampil enam calon muka baharu, Suee Lim kekal kerusi Sekinchan

24 Jul 2023, 6:28 AM
DAP tampil enam calon muka baharu, Suee Lim kekal kerusi Sekinchan

SHAH ALAM, 24 JULAI: Naib Pengerusi DAP Selangor Ng Suee Lim kekal mempertahankan kerusi Sekinchan pada pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung DAP Anthony Loke hari ini yang turut mengekalkan Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han untuk mempertahankan kerusi Kinrara.

Berikut senarai calon DAP Selangor :

Kuala Kubu Baharu - Lee Kee Hiong (Penyandang)

Teratai - Yew Jia Hau (Baru)

Balakong - Ong Chun Wei (Baru)

Seri Kembangan - Wong Siew Ki (Penyandang Balakong)

Subang Jaya - Michelle Ng Mei Sze (Penyandang)

Bukit Gasing - Rajiv Rishyakaran (Penyandang)

Kampung Tunku - Lim Yi Wei (Penyandang)

Bandar Utama - Jamaliah Jamaluddin (Penyandang)

Bandar Baru Klang - Quah Perng Fei (Baru)

Pandamaran - Leong Tuck Chee (Penyandang)

Kota Kemuning - Preakas Sampunathan (Baru)

Banting - Papparaidu Veraman (Baru)

Sungai Pelek - Lwi Kian Keong (Baru)

Hari penamaan calon PRN Selangor dan lima negeri lain, ditetapkan pada 29 Julai ini. Hari mengundi pula pada 12 Ogos.

PRN ini melibatkan 56 DUN di Selangor, Pulau Pinang (40), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Kelantan (45) dan Terengganu (32).

Pada 22 Julai, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon parti dalam PRN di enam negeri.

Parti Amanah Negara (Amanah) pula menerusi Presiden Mohamad Sabu pula mengumumkan senarai calon parti mereka.

Sehari sebelum itu, Barisan Nasional (BN) mengumumkan akan bertanding di 108 kerusi DUN seluruh negara.

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619