BERITA UTAMA

RM1.02 juta dibelanja jayakan projek naik taraf DUN Tanjong Sepat

22 Jul 2023, 1:08 PM
RM1.02 juta dibelanja jayakan projek naik taraf DUN Tanjong Sepat

SHAH ALAM, 22 JULAI: Sembilan daripada 18 projek baik pulih dibawah Projek Selangor Penyayang (PSP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Sepat berjaya diselesaikan membabitkan perbelanjaan RM1.02 juta, setakat ini.

Penyandang kerusi DUN berkata projek itu termasuk kerja membaik pulih balai raya, masjid, gelanggang futsal, pentas awam, membaiki dan menurap jalan serta pemasangan 20 tiang lampu solar.

"Sembilan projek sudah selesai dibaik pulih manakala bakinya sedang dalam proses dan dijangka siap dalam masa terdekat.

"Peruntukan ini turut digunakan untuk pembinaan mercu tanda kampung DUN Tanjong Sepat sebagai tarikan atau pengenalan kepada pelancong luar apabila mereka ke sini.

"Kita berharap penduduk selesa dengan kemudahan yang telah diselenggara ini sekali gus memanfaatkan ia sebaiknya dan elak daripada melakukan vandalisme," kata Borhan Aman Shah kepada Selangorkini.

PSP merupakan inisiatif Kerajaan Negeri berteraskan pembangunan fizikal dan dilaksanakan di kesemua 56 DUN mulai September 2022.

Menerusi Belanjawan 2023, Dato’ Menteri Besar mengumumkan RM28 juta peruntukan PSP sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keutamaan projek itu melibatkan penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur serta pembangunan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan tahunan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619