AGENDA

Dana RM28 juta diagih kepada lebih 3,000 usahawan kecil

22 Jul 2023, 8:09 AM
Dana RM28 juta diagih kepada lebih 3,000 usahawan kecil
Dana RM28 juta diagih kepada lebih 3,000 usahawan kecil

SABAK BERNAM, 22 JULAI: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengagih peruntukan lebih RM28 juta pada program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) di Stadium Sungai Besar di sini hari ini.

Peruntukan dalam bentuk bantuan dan kemudahan kewangan itu diberikan kepada 3,059 penerima dan usahawan tempatan menerusi pelbagai agensi di bawah kementerian itu.

Antara bantuan adalah daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjumlah RM22.4 juta; Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau Risda (RM3 juta) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli atau Jakoa (RM900,000).

[caption id="attachment_594439" align="alignnone" width="884"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama peniaga pada majlis perasmian Sentuhan Kasih Desa Selangor di Stadium Mini Sungai Besar, Sabak Bernam pada 22 Julai 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Cek cura bantuan diserahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Mara dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (AgroBank) berkaitan kerjasama alternatif bantuan kewangan bernilai RM100 juta.

Program Mini KUD ini turut diadakan di enam negeri iaitu Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu.

Karnival yang menghimpunkan lebih 100 usahawan tempatan ini menyasarkan 10,000 pengunjung dengan sasaran jualan RM200,000 sepanjang tiga hari program berlangsung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619