AGENDA

Bomba selamat lelaki nyaris maut tersangkut atas pokok

19 Jul 2023, 7:29 AM
Bomba selamat lelaki nyaris maut tersangkut atas pokok

BUKIT MERTAJAM, 19 JULAI: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman nyaris maut selepas tersangkut pada dahan pokok setinggi 20 meter di Jalan Todak 4, Seberang Jaya di sini, semalam sebelum berjaya diselamatkan pihak bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.08 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai terus ke lokasi kejadian.

"Ketika pihak bomba tiba di lokasi, terdapat seorang lelaki dipercayai kurang siuman berada di atas pokok pada ketinggian kira-kira 20 meter dan kami menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi membawa turun mangsa dengan menggunakan tangga milik jentera bomba.

"Lelaki itu berjaya diturunkan dalam keadaan yang baik sebelum diserahkan kepada polis dan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi menyelamat mangsa tamat sepenuhnya pada 9.36 pagi.

Video kejadian itu turut tular di media sosial dan berdasarkan rakaman tersebut, lelaki berkenaan dipercayai ditemui tersangkut di atas pokok dalam keadaan tanpa seurat benang.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619