PBT

MPK giat naik taraf prasarana, sedia capai status bandar raya November ini

13 Jul 2023, 9:07 AM
MPK giat naik taraf prasarana, sedia capai status bandar raya November ini

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 13 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menumpukan usaha menaik taraf prasarana di kawasan pentadbirannya sebagai persiapan mencapai status bandar raya pada November ini.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata status penarafan kini dalam fasa terakhir sebelum dibentang kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mendapat kelulusan.

"Berbaki 132 hari lagi menuju status bandaraya yang dijangka pada 23 November depan merupakan cabaran besar buat kakitangan untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"MPK juga giat meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat terutama kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam selain kerja pengindahan landskap juga giat dijalankan," katanya sempena Perhimpunan Bulanan MPK di Dewan Hamzah.

Beliau berkata meskipun Klang bakal berstatus bandar raya, pihaknya akan terus memperkasakan lokasi tersebut sebagai bandar diraja.

"MPK perlu memperkasakan Klang sebagai bandar raya warisan diraja dan pelabuhan berdaya saing di peringkat global.

"Kita menekankan pembangunan mampan, berimejkan bandar warisan dan sejarah yang menjadi simbol kebanggaan penduduk," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619