BERITA UTAMA

Tambah baik perkhidmatan, MPK komited capai status bandar raya November ini

27 Feb 2023, 4:00 AM
Tambah baik perkhidmatan, MPK komited capai status bandar raya November ini
Tambah baik perkhidmatan, MPK komited capai status bandar raya November ini

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 27 FEB: Meningkatkan mutu perkhidmatan asas kepada masyarakat terutama kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam antara tumpuan Majlis Perbandaran Klang (MPK) tahun ini.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata usaha itu sebahagian daripada perancangan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan untuk mencapai status bandar raya pada 23 November tahun ini.

Beliau menjelaskan tumpuan lain termasuk menyelenggara lebih banyak infrastruktur, menekankan aspek pengindahan landskap dan menambah baik penguatkuasaan undang-undang dari masa ke masa.

[caption id="attachment_568731" align="aligncenter" width="792"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan (kanan) menyertai aktiviti gotong-royong bersama masyarakat pada program Hari Klang Tanpa Kenderaan di Padang Laman Seni Safari, Klang pada 26 Februari 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang[/caption]

“Saya yakin Klang boleh menjadi bandar moden dan mampan serba lengkap, nadi pembangunan Selangor dan Malaysia dan contoh model bandar sejahtera untuk didiami, bekerja, belajar serta beriadah.

“Marilah warga Klang, bersama-sama dengan pihak MPK dalam merealisasikan Klang sebagai bandar raya sejahtera, bersih dan aman,” katanya berucap sempena program Hari Klang Tanpa Kenderaan di Padang Laman Seni Safari, Klang, semalam.

Noraini berkata program yang mengetengahkan tema Klang Sihat dan Sejahtera, Ke Arah Bandar Raya Idaman melambangkkan semangat dan jiwa baharu MPK dalam mencapai misi bandar raya tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619