ADN

Dewan masyarakat Kampung Bestari Jaya siap dibaik pulih, libat kos RM50,000

11 Jul 2023, 2:24 PM
Dewan masyarakat Kampung Bestari Jaya siap dibaik pulih, libat kos RM50,000
Dewan masyarakat Kampung Bestari Jaya siap dibaik pulih, libat kos RM50,000

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 11 JULAI: Dewan masyarakat di Kampung Bestari Jaya siap dinaik taraf dengan kos RM50,000 sekaligus memberi keselesaan penduduk setempat untuk menganjurkan pelbagai aktiviti.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang berkata kerja baik pulih yang bermula 22 Mei lalu itu siap pada 3 Julai menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri melalui Projek Selangor Penyayang (PSP).

“Projek baik pulih dewan di Kampung Bestari Jaya yang telah usang itu telah diluluskan sebelum DUN dibubarkan.

“Kerja-kerja tersebut antaranya melibatkan penukaran pagar, baiki lampu berdekatan gelanggang sepak takraw, menukar kipas dan siling baharu,” kata Rozana Zainal Abidin kepada Selangorkini.

Menerusi Belanjawan 2023 Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan RM28 juta diperuntuk di bawah inisiatif projek Selangor Penyayang sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat.

Keutamaan bagi pelaksanaan projek itu akan diberikan kepada projek penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur serta pembangunan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan tahunan.

[caption id="attachment_592376" align="aligncenter" width="716"] Pagar dewan masyarakat di Kampung Bestari Jaya siap dibaik pulih di bawah Projek Selangor Penyayang (PSP) pada 3 Julai 2023. Foto Facebook Rozana Zainal Abidin[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619