AGENDA

Jentera, kepimpinan HARAPAN diingatkan tidak sentuh isu 3R, bersatu lawan fitnah

10 Jul 2023, 3:59 AM
Jentera, kepimpinan HARAPAN diingatkan tidak sentuh isu 3R, bersatu lawan fitnah
Jentera, kepimpinan HARAPAN diingatkan tidak sentuh isu 3R, bersatu lawan fitnah

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 10 JULAI: Jentera dan kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) diingatkan tidak menyentuh isu berkaitan agama, raja dan kaum (3R) sepanjang berkempen pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Pengarah Komunikasi HARAPAN Fahmi Fadzil berkata tiada individu terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pilihan Raya jika melakukannya.

“Kalau sentuh isu 3R tidak kira dalam bahasa apa sekalipun sama ada dalam ceramah atau dalam komen menerusi platform media sosial seperti TikTok, Facebook dan sebagainya tolong hati-hati.

“Amaran ini dikeluarkan ketua polis negara jadi tidak kira rakyat biasa atau menteri, jika langar 3R bersedialah untuk disiasat,” katanya yang juga menteri komunikasi dan digital.

Berucap merasmikan Jentera Pilihanraya dan Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat Dewan Undangan Negeri Batu Tiga di sini malam tadi, Fahmi berkata jentera pilihanraya Perpaduan perlu bersatu dan menjadi benteng pertahanan bagi melawan fitnah seteru politik.

[caption id="attachment_592022" align="aligncenter" width="736"] Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan Fahmi Fadzil berucap ketika majlis pelancaran Bilik Gerakan Dan Jentera Pilihanraya KEADILAN DUN Batu Tiga di Pusat Khidmat Rakyat DUN Batu 3, Shah Alam pada 9 Julai 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Jelasnya, musuh ketika ini sedang berusaha lebih gigih menyebarkan maklumat separuh cerita di media sosial.

“Semalam saya terima mesej daripada seorang menteri mengenai poster kononnya Kerajaan buat keputusan tidak benarkan pencarum (KWSP) keluarkan semua simpanan setelah capai usia 55 tahun sebaliknya hanya benarkan pengeluaran secara bulanan.

“Cerita ini tidak betul, kita masih belum buat sebarang keputusan, pihak KWSP hanya buat kajian kerana dapati banyak negara yang usahakan wang ini sebagai pencen berbanding pengeluaran sekaligus. Jadi saya mohon arus merah biru jadi benteng pertahanan lawan fitnah dan cerita separuh jalan,” katanya.

Beliau berkata jentera pilihanraya perlu sentiasa ke depan untuk mengingatkan rakyat mengenai ikhtiar dan usaha dilakukan kerajaan bagi memulihkan negara sebaik mengambil alih tampuk pemerintahan sejak lapan bulan lalu.

“Saya yakin sekiranya kita kerja tungkus lumus sampaikan maklumat dengan tepat, satukan hati dan bulatkan tekad, Insya-Allah 12 Ogos nanti kita akan dapat bentuk Kerajaan Perpaduan di Selangor,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619