AGENDA

Sedia depani PRN, ribuan hadir pelancaran Jentera Perpaduan Selangor

7 Jul 2023, 3:55 PM
Sedia depani PRN, ribuan hadir pelancaran Jentera Perpaduan Selangor
Sedia depani PRN, ribuan hadir pelancaran Jentera Perpaduan Selangor
Sedia depani PRN, ribuan hadir pelancaran Jentera Perpaduan Selangor
Sedia depani PRN, ribuan hadir pelancaran Jentera Perpaduan Selangor
Sedia depani PRN, ribuan hadir pelancaran Jentera Perpaduan Selangor
Sedia depani PRN, ribuan hadir pelancaran Jentera Perpaduan Selangor

Oleh Suhaila Shahrul Annuar dan Yusliza Yakimir Abd Talib

HULU LANGAT, 7 JULAI: Laungan Kita Selangor dan Hidup Perpaduan bergema di Laman Niaga Bandar Baru Bangi di sini malam ini, yang menyaksikan pelancaran Jentera Perpaduan Selangor.

Disempurnakan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim, laungan itu tanda semboyan jentera HARAPAN dan Barisan Nasional (BN) Selangor bersedia menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

Lautan biru dan merah terdiri daripada ribuan penyokong dan jentera dari kedua-dua gabungan membanjiri khemah sepanjang majlis berlangsung dengan bendera HARAPAN dan BN dikibarkan.

Pemimpin yang hadir antaranya Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

[caption id="attachment_591615" align="aligncenter" width="718"] Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan sempena Jelajah Mega Madani dan pelancaran Jentera Perpaduan di Laman Niaga Bandar Baru Bangi, Bangi, Hulu Langat pada 7 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Pelancaran jentera sempena Jelajah Perpaduan Madani itu menyaksikan penyerahan bendera HARAPAN dan BN kepada pimpinan sebagai simbolik pelancaran jentera perpaduan Selangor.

Siri Jelajah Perpaduan Madani bermula di DUN Sikamat, Negeri Sembilan. Jelajah sama berlangsung di Kedah esok membabitkan DUN Suka Menanti, Gurun, Bukit Selambau, Sidam dan Kulim.

Rabu lalu Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengumumkan 12 Ogos sebagai hari mengundi bagi PRN di Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan.

Hari penamaan calon bagi keenam-enam negeri pula ditetapkan pada 29 Julai, sementara pengundian awal pada 8 Ogos dengan tempoh berkempen selama dua minggu.

[caption id="attachment_591617" align="aligncenter" width="718"] Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dihadapan ribuan penyokong Kerajaan Perpaduan sempena Jelajah Mega Madani dan pelancaran Jentera Perpaduan di Laman Niaga Bandar Baru Bangi, Bangi, Hulu Langat pada 7 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_591619" align="aligncenter" width="718"] Ribuan penyokong Kerajaan Perpaduan menghadiri Jelajah Mega Madani dan pelancaran Jentera Perpaduan di Laman Niaga Bandar Baru Bangi, Bangi, Hulu Langat pada 7 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_591621" align="aligncenter" width="718"] Ribuan penyokong Kerajaan Perpaduan menghadiri Jelajah Mega Madani dan pelancaran Jentera Perpaduan di Laman Niaga Bandar Baru Bangi, Bangi, Hulu Langat pada 7 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_591623" align="aligncenter" width="718"] Ribuan penyokong Kerajaan Perpaduan menghadiri Jelajah Mega Madani dan pelancaran Jentera Perpaduan di Laman Niaga Bandar Baru Bangi, Bangi, Hulu Langat pada 7 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619