AGENDA

MB: 'Mood' baik di utara Selangor, jentera terus pergiat kempen

9 Ogos 2023, 2:51 AM
MB: 'Mood' baik di utara Selangor, jentera terus pergiat kempen

SEKINCHAN, 9 OGOS: Dato’ Menteri Besar melihat penerimaan pengundi terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN) di bahagian utara negeri bertambah baik sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN).

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan hal itu disumbang usaha berterusan daripada jentera parti, selain latar belakang calon dan penyandang kerusi yang meyakinkan.

“Saya lihat ada 'mood' yang baik di sini. Kita tidak pernah melupakan kawasan di utara Selangor. Kita akan terus bekerja kerana setiap undi itu amat bernilai.

“Saya harap semua orang dapat turun mengundi untuk pastikan memilih kesinambungan kemajuan kita,” katanya selepas menghadiri Ceramah Umum HARAPAN di pekan Sekinchan di sini, malam tadi.

Amirudin turut menaruh keyakinan HARAPAN bersama rakan komponen dalam kerajaan perpaduan akan membentuk Kerajaan Negeri dengan majoriti dua pertiga.

Beliau juga tidak sesekali memandang rendah pihak yang berusaha melakukan serangan politik setiap hari membabitkan pelbgaai isu sepanjang kempen kali ini.

“Saya masih yakin dengan kemenangan dua pertiga atau 38 hingga 40 kerusi tetapi saya juga tidak mahu memandang rendah lawan kita. Pelbagai isu turun naik setiap hari, amun saya percaya 60 hingga 70 peratus rakyat sudah buat keputusan,” katanya.

Hari pengundian bagi PRN Selangor dan lima negeri lain berlangsung 12 Ogos.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619