AGENDA

Amanah tampil 50 peratus muka baharu, ketengah calon muda, wanita

5 Jul 2023, 8:11 AM
Amanah tampil 50 peratus muka baharu, ketengah calon muda, wanita

SHAH ALAM, 5 JULAI: Parti Amanah Negara (Amanah) bakal menampilkan 50 peratus muka baharu pada pilihan raya negeri (PRN) bulan depan termasuk individu yang pernah bertanding.

Pengerusi negeri Ir Izham Hashim berkata Amanah juga mengetengahkan pimpinan muda selain calon wanita yang dilihat berpotensi memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Kita sudah dapat jumlah kerusi masing-masing. Kita mahu kekal pertahankan lapan kerusi lama. Sekarang fasa tukar kerusi suka sama suka tapi belum ada apa-apa tindakan.

“Yang penting kita mahu pastikan kemenangan calon bagi membantu HARAPAN dapat dua per tiga majoriti supaya terus mentadbir Selangor.

“Kita sudah buktikan lima tahun mentadbir Selangor dengan stabil. Bila stabil kita boleh bantu rakyat lebib banyak,” katanya ketika meninjau kerja pelebaran jalan di Persiaran Mokhtar Dahari hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), HARAPAN mendominasi Selangor apabila menang 51 daripada 56 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.

Kedudukan kerusi sebelum DUN bubar pada 25 Jun ialah HARAPAN memiliki 40 kerusi (KEADILAN-19, DAP-15, Amanah-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas.

Satu lagi kerusi iaitu DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619