AGENDA

PKPS jual minyak masak paket RM2 di jualan murah mulai 15 Julai

5 Jul 2023, 3:46 AM
PKPS jual minyak masak paket RM2 di jualan murah mulai 15 Julai
PKPS jual minyak masak paket RM2 di jualan murah mulai 15 Julai

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 5 JULAI : Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mula menjual minyak masak paket satu kg dengan harga RM2 di Jualan Ehsan Rahmah (JER) pada 15 Julai ini.

Pengurus Kanan Pemasarannya Mohd Fazir Abdul Latif berkata buat permulaan minyak paket itu dijual secara berperingkat di tiga lokasi JER terpilih dengan kuantiti 170 bungkus untuk setiap lokasi.

"Jualan gula paket satu kg pula akan dimulakan selepas stok selesai diselaraskan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 21 Jun lalu, Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi memaklumkan PKPS bakal menambah dua lagi barangan keperluan asas di JER iaitu minyak paket dan gula satu kilogram mulai Julai.

[caption id="attachment_579198" align="aligncenter" width="812"] Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada 1 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Barangan sedia ada yang dijual ialah ayam RM10 seekor, daging pejal beku (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Program kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini menawarkan harga 30 peratus lebih rendah daripada pasaran untuk membantu penduduk berpendapatan rendah berjimat.

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum di Facebook PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619