ADN

13 lampu LED dipasang sekitar DUN Morib untuk kemudahan penduduk

30 Jun 2023, 3:00 PM
13 lampu LED dipasang sekitar DUN Morib untuk kemudahan penduduk
13 lampu LED dipasang sekitar DUN Morib untuk kemudahan penduduk

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 30 JUN: Sebanyak 13 lampu diod pemancar cahaya (LED) berkuasa solar dipasang di beberapa lokasi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib menerusi Projek Selangor Penyayang.

Penyandangnya Hasnul Baharuddin berkata tiga kawasan kampung menerima manfaat antaranya Jalan Serdang di Sungai Buaya, Jalan Batu 6 Kampung Kelanang Dan Jalan Kampung Tali Air.

“Semua lampu solar ini demi kemudahan penduduk setempat. Dengan pencahayaan jalan yang lebih baik, risiko kemalangan akan berkurangan,” katanya menerusi Facebook.

[caption id="attachment_590219" align="alignleft" width="375"] Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib Hasnul Baharuddin menunjukkan lampu diod pemancar cahaya (LED) berkuasa solar yang siap dipasang di beberapa kawasan dalam DUN terbabit pada 26 Jun 2023. Foto Facebook Hasnul Baharuddin[/caption]

Pada 11 Februari EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim mengumumkan peruntukan berjumlah RM5 juta bagi pemasangan lampu solar di seluruh Selangor yang bertujuan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Menurut Izham pemasangan fasa pertama lampu solar yang bermula November tahun lalu telah selesai pada Disember melibatkan 31 DUN.

Manakala fasa kedua bermula Mac dan pemasangan dijangka selesai sepenuhnya pada Mei.

Menerusi Belanjawan 2023, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan sejumlah RM28 juta diperuntukkan di bawah inisiatif projek Selangor Penyayang sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat setempat.

Keutamaan bagi pelaksanaan projek itu akan diberikan kepada projek penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur serta pembangunan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan tahunan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619