AGENDA

Rakyat Selangor paling ramai bersukan, amal gaya hidup aktif

28 Jun 2023, 2:22 AM
Rakyat Selangor paling ramai bersukan, amal gaya hidup aktif

SHAH ALAM, 28 JUN: Seramai 1.3 juta rakyat Selangor dilaporkan mengamalkan gaya hidup aktif, dengan paling ramai bersukan dan bersenam di negara ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dapatan itu hasil bancian 16.1 juta responden yang menjawab soalan kecergasan Banci Malaysia 2020, dengan 8.7 juta penduduk dilaporkan terlibat dalam aktiviti tersebut, lapor Sinar Harian.

Johor berada pada kedudukan kedua dengan 1.2 juta orang. Kedua-dua negeri tersebut menyumbang sebanyak 2.5 juta atau 28.5 peratus daripada 8.7 juta penduduk yang bersenam.

"Petaling, Johor Bahru dan Kinta adalah daerah pentadbiran yang paling aktif, masing-masing mencatat 445.9 ribu, 392.5 ribu dan 339.2 ribu penduduk melakukan aktiviti fizikal.

“Sebanyak 62.4 peratus daripada 8.7 juta penduduk melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti fizikal, 22.8 peratus (dua aktiviti) manakala 14.8 peratus (tiga aktiviti atau lebih)," lapor DOSM.

Berdasarkan banci tersebut, 80 peratus responden juga menyatakan tempat kediaman yang dilengkapi kemudahan taman permainan dan padang bola menjadi faktor penyumbang aktiviti fizikal.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619