PBT

MPHS bersihkan tapak sampah haram, pelaku berdepan tindakan tegas

27 Jun 2023, 1:30 AM
MPHS bersihkan tapak sampah haram, pelaku berdepan tindakan tegas

SHAH ALAM, 27 JUN: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) membersihkan lokasi pembuangan sampah haram di Jalan Pahang Lama Kuala Kubu Bharu pada 7 dan 24 Jun,

MPHS menerusi Facebook memaklumkan operasi dengan kerjasama KDEB Waste Management (KDEBWM) dibuat susulan pihaknya menerima aduan di lokasi berkenaan.

"Sebanyak empat kali kerja pembersihan dijalankan di kawasan ini tetapi tetap dijadikan sebagai kawasan pembuangan sampah haram oleh pihak tidak bertanggunjawab.

"Selepas operasi, MPHS memasang pita kuning dan papan tanda larangan di lokasi ini selain pemantauan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang," katanya.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, bahu jalan kawasan tersebut dipenuh timbunan sisa binaan, sampah pukal dan domestik.

MPHS tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada pihak yang didapati membuang sampah secara haram termasuk mengenakan kompaun dan denda.

Sekiranya disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara dalam tempoh tidak melebihi setahun, atau kedua-duanya sekali termasuk boleh dikompaun dengan jumlah tidak lebih RM1,000.

Orang awam yang melihat perkara itu berlaku diminta melaporkan ke Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPHS di talian 03-6064 1050 atau emel ke jpsppa@mphs.gov.my

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619