AGENDA

Pastikan air percuma dinikmati golongan berhak, pendapatan isi rumah RM5,000 layak

24 Jun 2023, 12:30 PM
Pastikan air percuma dinikmati golongan berhak, pendapatan isi rumah RM5,000 layak
Pastikan air percuma dinikmati golongan berhak, pendapatan isi rumah RM5,000 layak

SEPANG, 24 JUN: Program pemberian air percuma yang diperkenal kepada rakyat sejak 2020 ditambah baik bagi memastikan hanya penduduk yang benar-benar layak menerima bantuan itu.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim menjelaskan kemudahan air percuma 20 meter padu menerusi Skim Air Darul Ehsan turut dinikmati isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah.

[caption id="attachment_589130" align="aligncenter" width="707"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim ditemui selepas merasmikan Pesta Memancing Bagan Lalang di Jeti Sirip Biru, Sepang pada 24 Jun 2023. Foto SOFIA NASIR/SELANGROKINI[/caption]

“Sebelum ini kita perkenal kepada RM4,000 ke bawah, kemudian kita naikkan (syarat kelayakan) supaya lebih ramai lagi rakyat dapat merasai inisiatif ini,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang mendakwa Kerajaan Negeri mengamalkan birokrasi dalam pelaksanaan Skim Air Darul Ehsan.

Ir Izham berkata penambahbaikan bantuan berkenaan bertujuan mengelakkan pembaziran sumber berikutan kos operasi amat tinggi.

“Program itu dijenamakan semula kepada Skim Air Darul Ehsan supaya hanya yang benar-benar layak sahaja terima manfaat itu,” katanya sambil menambah permohonan dalam talian itu dibuka sepanjang tahun.

Bermula 1 Oktober tahun lalu, Kerajaan Negeri mengubah syarat kelayakan skim air berkenaan termasuk menaikkan had maksimum pendapatan isi rumah daripada RM4,000 kepada RM5,000 ke bawah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619