ADN

DUN Seri Setia selesai agih sumbangan korban

24 Jun 2023, 1:17 AM
DUN Seri Setia selesai agih sumbangan korban
DUN Seri Setia selesai agih sumbangan korban

PETALING JAYA, 24 JUN: Agihan lembu dan kambing untuk ibadah korban pada tahun ini bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia selesai diserahkan kepada penerima.

Penyandangnya Halimey Abu Bakar berkata sumbangan lembu dan kambing oleh Kerajaan Negeri itu bukan sahaja diagihkan kepada masjid dan surau tetapi juga kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta persatuan penduduk.

"Pada tahun ini, kita berikan kepada masjid dan surau yang tidak pernah terima sumbangan sebelum ini, malah turut menerima sumbangan ialah TUDM yang diberi dua ekor kambing.

[caption id="attachment_588991" align="alignleft" width="374"] Penyandang ADN Seri Setia Halimey Abu Bakar ketika ditemui wartawan di PPR Lembah Subang 1 pada 23 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Empat ekor lembu kita agih kepada masjid manakala kambing pula diberikan untuk surau serta ada persatuan penduduk juga menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri ini," katanya.

Beliau ditemui pada sesi lawatan Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 di sini semalam.

3 Jun lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan setiap 56 Ahli Dewan Negeri (ADN) menerima empat ekor lembu dan 10 ekor kambing bagi melaksanakan ibadah korban tahun ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut memaklumkan 300 masjid dan surau terpilih menerima sumbangan ibadah korban daripada Kerajaan Negeri sempena Aidiladha.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619