AGENDA

Panik diugut penyamar polis terlibat jenayah, doktor rugi RM100,000

18 Jun 2023, 8:25 AM
Panik diugut penyamar polis terlibat jenayah, doktor rugi RM100,000

KUANTAN, 18 JUN: Panik dimaklumkan disenaraikan sebagai 'orang dikehendaki polis' menyebabkan seorang doktor wanita kerugian RM100,000, selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 28 tahun mendakwa menerima panggilan telefon pada Jumaat lepas daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram sebelum panggilan disambungkan ke seorang lagi suspek, kononnya pegawai polis yang mengesahkan mangsa akan disenarai hitam kerana berada dalam rekod dikehendaki.

"Mangsa mendakwa 'polis' itu mengarahkannya membuka akaun bank baharu dan memasukkan wang RM100,000 ke dalamnya serta diarahkan berkongsi maklumat perbankan tersebut kononnya bagi mengeluarkan diri daripada senarai itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa yang mendakwa dirinya panik juga menuruti arahan supaya mengambil swafoto dan berkongsi gambar berkenaan dengan suspek selang beberapa jam.

Mangsa bagaimanapun curiga selepas gagal menghubungi suspek bagi mendapatkan perkembangan status 'orang dikehendaki' itu, lalu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam.

Yahaya menasihatkan orang ramai untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi termasuk perbankan kepada pihak ketiga selain membuat semakan nombor telefon atau nombor akaun di Check Scammers CCID atau di https://semakmule.rmp.gov.my/ bagi mengelak risiko menjadi mangsa penipuan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619