AGENDA

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa

18 Jun 2023, 3:37 AM
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa.

Turut menzahirkan ucapan ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menurut catatan Facebook Istana Negara hari ini.

“Terima kasih Ayah,” menurut poster yang turut menampilkan gambar Seri Paduka Baginda berdua serta keluarga dalam hantaran itu.

Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi pelindung keluarga.

Terima Kasih Ayah diangkat sebagai tema pada sambutan yang jatuh pada 18 Jun tahun ini bagi menghargai peranan ayah sebagai ketua keluarga yang menjadi suri teladan kepada anak-anak.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619