AGENDA

MB dedikasi ucapan buat bapa, kecekalan jadi inspirasi

20 Jun 2021, 7:04 AM
MB dedikasi ucapan buat bapa, kecekalan jadi inspirasi

SHAH ALAM, 20 JUN: Dato' Menteri Besar mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan bergelar bapa, ayah mahupun abah di seluruh negara.

Dalam perkongsian di Facebook, Dato' Seri Amirudin Shari berkata kecekalan mereka menjadi inspirasi dan motivasi terhadap keluarga.

"Pengorbanan dan jasa mereka sangat besar nilainya, demi kesejahteraan kehidupan insan yang tercinta," tulisnya.

Beliau turut menyampaikan ucapan sama kepada bapanya Shari Mokhsin dan mentua Muhamad Yahya.

"Semoga Allah SWT memelihara kesihatan dan memberkati kehidupan mereka," katanya.

Hari Bapa disambut bagi menghormati bapa dan pengaruhnya dalam masyarakat. Di Malaysia, sambutan itu diraikan pada minggu ketiga Jun pada setiap tahun.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619