AGENDA

Pengusaha sokong pelarasan garis panduan aktiviti tapak khemah

16 Jun 2023, 4:01 AM
Pengusaha sokong pelarasan garis panduan aktiviti tapak khemah
Pengusaha sokong pelarasan garis panduan aktiviti tapak khemah

SHAH ALAM, 16 JUN: Usaha Kerajaan Negeri mahu menyelaras garis panduan aktiviti di kawasan perkhemahan mendapat sokongan pengusaha tapak.

EXCO alam sekitar berkata sejak Februari ramai pengusaha mendaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membolehkan operasi mereka berjalan lancar.

“Kita mahu menyediakan garis panduan di tapak khemah demi menjaga keselamatan awam. Usaha kita mendapat sokongan malah ramai pengusaha sudah mendaftar.

[caption id="attachment_582353" align="alignleft" width="344"] EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian pada majlis pelancaran dan uji cuba bas pelancongan Selangor hop on hop off di IOI City Mall, Putrajaya pada 20 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita gesa mana-mana pengusaha yang belum mendaftar segera berbuat demikian. Langkah ini memudahkan urusan semua pihak termasuk pelanggan,” kata Hee Loy Sian.

Beliau berkata demikian pada majlis penganuegrahan hak pembangunan menara tinjau Ampang Look Out Point’ (ALOP) sebagai pusat kecemerlangan hutan negeri kepada Pearl Holiday Travel & Tour Sdn Bhd semalam.

Bermula 1 Februari lalu, semua pengusaha tapak perkhemahan di Selangor diwajibkan berdaftar dengan PBT bagi menjamin keselamatan pengunjung.

Keputusan itu dibuat susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali pada Disember tahun lalu, yang mengorbankan 31 nyawa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619