ADN

Wakil rakyat saran penduduk tanam pokok bunga, hidupkan seri jalan kampung

13 Jun 2023, 1:30 PM
Wakil rakyat saran penduduk tanam pokok bunga, hidupkan seri jalan kampung
Wakil rakyat saran penduduk tanam pokok bunga, hidupkan seri jalan kampung
Wakil rakyat saran penduduk tanam pokok bunga, hidupkan seri jalan kampung

Oleh FHATIHAH ZAKINAN

SHAH ALAM, 13 JUN: Penduduk kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati disaran melaksanakan aktiviti pengindahan dan keceriaan di kawasan masing-masing secara gotong-royong.

Wakil rakyatnya Juwairiya Zulkifli berkata aktiviti berkenaan bukan sahaja dapat mengindahkan kawasan kampung, malah mengukuhkan ukhwah dalam kalangan penduduk.

[caption id="attachment_586777" align="aligncenter" width="812"] Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli menanam anak pokok bunga kertas secara bergotong-royong bersama penduduk di bahu jalan Kampung Teluk Penyamun, Kuala Selangor pada 11 Jun 2023. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli[/caption]

"Saya sarankan ketua kampung di DUN saya ikut contoh Kampung Kuantan buat projek pengindahan dan keceriaan secara bergotong-royong dengan menanam anak pokok bunga kertas.

"Pada saya, idea ini sangat baik, bukan sekadar jaga kebersihan, tapi memelihara dan menceriakan kawasan," katanya ketika dihubungi hari ini.

[caption id="attachment_586778" align="aligncenter" width="812"] Penduduk Kampung Kuantan dan Kampung Sepakat dibantu sukarelawan Team Selangor dan pelajar Tahfiz Muhammadiah bergotong-royong membersihkan bahu jalan dan menanam 150 anak pokok bunga kertas di bahu jalan Kampung Teluk Penyamun, Kuala Selangor pada 11 Jun 2023. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli[/caption]

Pada 11 Jun, Juwairiya menyertai gotong-royong bersama penduduk Kampung Kuantan dan Kampung Sepakat membersihkan bahu jalan dan menanam 150 anak pokok bunga kertas.

Berlangsung di Kampung Teluk Penyamun, Kuala Selangor program berkenaan turut disertai sukarelawan Team Selangor dan pelajar Tahfiz Muhammadiah.

"Saya berharap, semua pihak di kampung itu terus bekerjasama menyelenggara hiasan itu yang akan berbunga lebat setiap lapan bulan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619