AGENDA

Bengkel peniaga kecil bantu tingkatkan hasil jualan, kembangkan perniagaan

11 Jun 2023, 11:54 PM
Bengkel peniaga kecil bantu tingkatkan hasil jualan, kembangkan perniagaan
Bengkel peniaga kecil bantu tingkatkan hasil jualan, kembangkan perniagaan

KUALA LUMPUR, 12 JUN: Mahu meningkatkan hasil jualan antara misi usahawan kecil yang menyertai bengkel Bangkit! Peniaga Kecil anjuran Wonderful of Women (WOW) Parlimen Gombak.

Pengusaha rempah, Maryati Mohari, 48, berkata beliau tertarik untuk menyertai program itu selepas dimaklumkan ia dianjurkan secara percuma kepada peniaga wanita.

“Saya sudah berniaga selama dua tahun sejak pandemik dahulu. Namun ia hanya dibuat secara kecil-kecilan.

[caption id="attachment_586470" align="alignleft" width="308"] Peserta Program Bangkit! Peniaga Kecil, Maryati Mohari, 48, di Dewan Orang Ramai AU1A/2, Taman Keramat Kuala Lumpur. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI[/caption]

“Saya berharap selepas ini dapat pelajari bagaimana untuk pasarkan produk secara dalam talian. Mereka juga ada tawarkan cara buat logo, pengiraan kos dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, peniaga kuih, Norjamezah Jamaludin, 39, berkata beliau gembira berpeluang menimba ilmu perniagaan daripada organisasi berpengalaman.

Ibu kepada lima anak ini sentiasa mencari peluang menambah pengetahuan bagi meluaskan lagi perniagaan yang telah diusahakan sejak 2005.

“Syukur kerana saya sudah memiliki dua gerai kuih di sini. Dahulu saya hanya bermula secara dalam talian.

“Melalui bengkel ini, saya harap ia dapat dimanfaatkan pada perniagaan. Saya bercita-cita membuka premis kedai satu hari hari nanti,” katanya.

Mereka antara 30 peserta bengkel Bangkit Peniaga Kecil yang dianjurkan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hub di Taman Keramat di sini semalam.

Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Urusan Givinghub, Chun Wah Hoo berkata peserta dibimbing menerusi empat bengkel selama lebih dua bulan.

Menurutnya, peserta diajar mengenai pemasaran digital, pengendalian media sosial serta beberapa kemahiran lain bagi meningkatkan lagi jualan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619