AGENDA

5,000 tetamu pelbagai kaum meriahkan rumah terbuka parlimen Gombak

28 Apr 2024, 3:22 PM
5,000 tetamu pelbagai kaum meriahkan rumah terbuka parlimen Gombak
5,000 tetamu pelbagai kaum meriahkan rumah terbuka parlimen Gombak

GOMBAK, 28 APRIL: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri parlimen Gombak di Dataran Sungai Tua di sini malam ini berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 5,000 pengunjung pelbagai kaum.

Bermula jam 8 hingga 11 malam, program diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar yang juga ahli parlimen kawasan itu selain Ahli Dewan Negeri Sungai Tua.

Dato’ Seri Amirudin Shari ketika berucap berkata kehadiran pengunjung pelbagai kaum pada majlis itu membuktikan semangat rakyat untuk bersama-sama Kerajaan Perpaduan semakin kuat dan utuh.

“Suka saya sebutkan bahawa pentadbiran di peringkat negeri dan persekutuan berada dalam satu suasana yang sangat baik dengan sokongan dan dorongan daripada Kerajaan Perpaduan.

“Semoga sambutan Aidilfitri ini mengukuhkan perpaduan dan menambah semangat persaudaraan antara kita semua untuk hari ini dan masa depan,” katanya.

[caption id="attachment_640027" align="alignnone" width="1069"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Gombak 'Raikan Syawal' di Dataran Sungai Tua, Selayang pada 28 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, Amirudin beramah mesra dengan pengunjung dan memenuhi permintaan mereka yang mahu bergambar, melawat gerai juadah serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada lebih 200 kanak-kanak.

Lebih 10 gerai menghidangkan pelbagai juadah antaranya char kuetiau, nasi lemak, nasi goreng dan mi goreng, apam balik serta roti john disediakan untuk pengunjung.

Sepanjang majlis berlangsung pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Unit Kebudayaan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619