ADN

Parlimen Gombak anjur bengkel, bantu usahawan wanita majukan perniagaan

11 Jun 2023, 10:06 AM
Parlimen Gombak anjur bengkel, bantu usahawan wanita majukan perniagaan
Parlimen Gombak anjur bengkel, bantu usahawan wanita majukan perniagaan

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Seramai 30 usahawan kecil menyertai bengkel Bangkit Peniaga Kecil anjuran Wonderful of Women (WOW) Parlimen Gombak di sini hari ini.

Pengurus Pejabat Satelit di Pejabat Ahli Parlimen Gombak berkata program percuma tersebut julung kali dianjurkan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hub.

“Tujuan utama program ini diadakan bagi membantu usahawan wanita, terutamanya dari kumpulan B40 untuk terus maju dalam perniagaan mereka.

[caption id="attachment_586447" align="alignleft" width="416"] Pengurus Pejabat Satelit Parlimen Gombak Nurrizal Ahmad Imran ketika ditemui dalam Program Bounce Back, Bangkit! Peniaga Kecil di Dewan Orang Ramai AU1A/2, Taman Keramat Kuala Lumpur pada 11 Jun 2023 . Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI[/caption]

“Jadi, program ini mungkin dapat membantu mereka dalam mengendalikan media sosial untuk mempromosikan perniagaan masing-masing,” kata Nurrizal Ahmad Imran kepada Selangorkini.

Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Urusan Givinghub, Chun Wah Hoo berkata semua peserta akan dibimbing menerusi empat bengkel selama lebih dua bulan.

Menurutnya, peserta akan diajar mengenai pemasaran digital, pengendalian media sosial serta beberapa kemahiran lain bagi meningkatkan lagi jualan.

“Idea untuk buat program ini terhasil selepas kami melihat banyak peniaga kecil yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Selain Gombak, kami juga ada laksanakan program serupa di Ipoh, Perak. Kami lihat ada keperluan untuk bantu peniaga kecil di sini,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619