BERITA UTAMA

EXCO: Lebih 30 kampung Orang Asli selesai diwarta setakat Jun

9 Jun 2023, 2:27 AM
EXCO: Lebih 30 kampung Orang Asli selesai diwarta setakat Jun

SEPANG, 9 JUN: Sebanyak 33 kampung Orang Asli di negeri ini atau 45 peratus berjaya diwarta Kerajaan Selangor sehingga kini, kata EXCO hal ehwal Orang Asli.

Hee Loy Sian memaklumkan baki 41 kampung lagi sedang menunggu kelulusan berikutan pertindihan hak milik individu, rizab Melayu, hutan simpan, masjid dan jalan raya.

"Perkara ini agak sukar dan penyelesaiannya mengambil masa antara dua ke tiga tahun. Harap penduduk bersabar," katanya selepas merasmikan Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Baja di sini semalam.

Belanjawan 2023 yang dibentang Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memperuntuk RM1 juta bagi memastikan isu pewartaan tanah kampung Orang Asli dilaksana bagi memelihara penempatan mereka.

Selangorkini sebelum ini melaporkan sebanyak 22 kampung terletak di Kuala Langat, Hulu Selangor (16), Sepang (15), Gombak dan Petaling (12) serta sembilan lagi di Hulu Langat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619