AGENDA

Karnival kerjaya mega tawar 10,000 peluang kerja, tampil 100 majikan pelbagai sektor

8 Jun 2023, 10:00 AM
Karnival kerjaya mega tawar 10,000 peluang kerja, tampil 100 majikan pelbagai sektor
Karnival kerjaya mega tawar 10,000 peluang kerja, tampil 100 majikan pelbagai sektor
Karnival kerjaya mega tawar 10,000 peluang kerja, tampil 100 majikan pelbagai sektor

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 8 JUN: Lebih 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena Karnival Kerjaya Mega Selangor 2023 pada 17 dan 18 Jun, kata EXCO pembangunan modal insan.

Mohd Khairuddin Othman berkata program bertempat di Pusat Konvensyen MBSA di sini menampilkan hampir 100 majikan dari pelbagai sektor termasuk perbankan, perhotelan dan hospitaliti, teknologi maklumat, pembuatan dan automotif.

“Pelbagai jawatan kosong turut ditawarkan menerusi sektor pendidikan latihan, makanan dan minuman, borong dan peruncitan serta pemasaran dan jualan,” katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_557664" align="aligncenter" width="815"] EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman melawat tapak rerurai sempena program Selangor Mega Job Fair di Maeps, Serdang pada 10 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Karnival Kerjaya Mega Selangor 2022 kali pertama berlangsung di lokasi sama pada 11 dan 12 Jun disertai lebih 100 syarikat termasuk badan kerajaan dan agensi Kerajaan Negeri.

Terbuka kepada mereka yang dalam proses mencari kerja atau baru tamat pengajian, sesi temuduga bersemuka turut disediakan dalam program berkenaan.

Inisiatif tersebut berjaya membantu 1,996 individu mendapat pekerjaan. Individu yang berminat boleh mendaftar di laman sesawang www.selangorjobportal.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619