AGENDA

13 kontena terbakar di Pelabuhan Klang, tiada kemalangan jiwa

7 Jun 2023, 12:04 PM
13 kontena terbakar di Pelabuhan Klang, tiada kemalangan jiwa

SHAH ALAM, 7 JUN: Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 10.14 pagi dan tiba di tempat kejadian 13 minit kemudian.

Beliau berkata operasi pemadaman melibatkan 50 pegawai dan anggota bomba bersama 14 jentera daripada sembilan Balai Bomba dan Penyelamat.

“Kebakaran melibatkan 13 unit kontena daripada keseluruhan 333 unit yang berkeluasan 10 x 40 kaki persegi dan 20 x 10 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Md Razali pihak bomba berjaya melakukan ‘fire break’ melalui kaedah pemadaman dan pengasingan kontena yang belum terbakar.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 11.40 pagi dan dipadamkan pada 2.20 petang namun kerja-kerja overhaul masih dilakukan di lokasi kejadian.

Sementara itu, Northport dalam kenyataan memaklumkan insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dan operasi pelabuhan juga tidak terjejas.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619