AGENDA

Kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang terbakar

13 Ogos 2023, 12:52 AM
Kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang terbakar

SHAH ALAM, 13 OGOS: Satu kebakaran berlaku melibatkan beberapa kontena di atas kapal kargo yang dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang dekat sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.30 pagi, membabitkan kapal KMTC Shenzhen di kawasan lebih kurang enam batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong.

”Proses pemadaman sedang dijalankan melibatkan bebeberapa agensi termasuk Jabatan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan tiada mangsa dilaporkan terlibat setakat 5.14 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619