PBT

MBPJ sediakan kios bayaran di empat lokasi tumpuan umum

5 Jun 2023, 8:41 AM
MBPJ sediakan kios bayaran di empat lokasi tumpuan umum
MBPJ sediakan kios bayaran di empat lokasi tumpuan umum

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 5 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menempatkan kios bayaran di empat lokasi tumpuan umum bagi memudahkan orang ramai membayar bil, cukai, lesen dan kompaun.

Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat MBPJ memaklumkan empat lokasi itu ialah di pasar awam Jalan Othman, pasar awam Taman Megah SS24, pasar awam PJKita @ Sri Damansara, SD5 dan pusat komuniti The Spine @ PJKita, SS7.

"Kios bayaran ini beroperasi setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am dari jam 7.30 pagi hingga 9 malam.

[caption id="attachment_585200" align="aligncenter" width="384"]
Waktu operasi kios bayaran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di empat lokasi tumpuan umum bagi memudahkan orang ramai membayar bil, cukai, lesen dan kompaun. Foto Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya[/caption]

"Kios ini menerima semua pembayaran bagi bil MBPJ dengan menggunakan kad debit atau kad kredit sahaja," katanya dalam kenyataan.

Menurut sekretariat itu inisiatif berkenaan diharap dapat memudahkan orang awam berurusan dengan MBPJ tanpa perlu hadir ke ibu pejabat dan urusan juga boleh dibuat di luar waktu pejabat.

Sebarang pertanyaan berkaitan kios itu boleh hubungi talian Bahagian Hasil di 03-7956 3544 sambungan 220.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619