PBT

MPK sita dua pusat karaoke beroperasi tanpa lesen di Pulau Ketam

5 Jun 2023, 8:00 AM
MPK sita dua pusat karaoke beroperasi tanpa lesen di Pulau Ketam

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 5 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita dua pusat karaoke di Pulau Ketam, Pelabuhan Klang kerana beroperasi tanpa lesen dalam serbuan pada malam Sabtu lalu.

Serbuan diketuai Timbalan Yang Dipertua MPK Elya Marini Darmin dan pegawai Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang Inspektor Zamri Saan itu bermula jam 10 malam.

Menurut Elya Marini serbuan turut disertai anggota polis dari Balai Polis Pulau Ketam dan penguat kuasa MPK.

"Selepas mendapati dua pusat karaoke dikendalikan warga tempatan itu tidak berlesen, tindakan sitaan dibuat.

"Antara yang disita ialah pembesar suara, set karaoke dan televisyen," katanya dalam kenyataan.

Elya Marini memberitahu sitaan dibuat di bawah Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1995 (pindaan 1998 dan 2001).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619