ADN

Tiga syarikat hulur RM100,000, bantu SJKT Ladang Midlands semarak program murid

25 Mei 2023, 10:30 AM
Tiga syarikat hulur RM100,000, bantu SJKT Ladang Midlands semarak program murid
Tiga syarikat hulur RM100,000, bantu SJKT Ladang Midlands semarak program murid

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 25 MEI: Tiga rakan strategik projek LRT3 menyerahkan sumbangan RM100,000 untuk pembangunan insan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Midlands di sini hari ini.

Tiga syarikat tersebut adalah Prasarana Malaysia Berhad, MRCB Builders Setia Utama LRT3 Sdn Bhd dan Sunway Construction Sdn Bhd.

[caption id="attachment_583325" align="aligncenter" width="778"] Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi (tiga, kanan) menyaksikan penyerahan cek cura RM100,000 daripada Pengarah Bahagian Tanah dan Perhubungan Awam Setia Utama LRT3 Sdn Bhd Mohd Yusuf Ali (kanan) kepada Lembaga Pengelola Sekolah SJK (T) Ladang Midlands, Uthayasoorian Kalimuthu (tiga kiri) di SJK(T) Ladang Midlands di Seksyen 7, Shah Alam pada 25 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Penyerahan sumbangan tersebut dilakukan Pengarah Bahagian Tanah dan Perhubungan Awam MRCB Builders Setia Utama Yusuf Ali kepada Lembaga Pengelola Sekolah SJKT Ladang Midlands K. Uthayasoorian.

Sumbangan tanggungjawab sosial korporat daripada tiga rakan strategik berkenaan disaksikan Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi.

Uthayasoorian ketika ditemui mengucap terima kasih dan pihaknya akan memanfaatkan dana itu untuk melaksanakan program pembangunan pelajar.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat Kota Anggerik yang banyak membantu sekolah ini.

"Sumbangan ini akan disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak sekolah untuk menjalankan program-program pembangunan insan murid di sini," katanya.

Dalam majlis sama, Pemegang Amanah Yayasan MRCB Datuk Shamrat Shen Gupta turut menyerahkan beg dan kelengkapan sekolah kepada 173 murid daripada keluarga memerlukan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619