AGENDA

Tindakan pantas LUAS kawal pencemaran berjaya elak henti tugas loji air

23 Mei 2023, 10:28 AM
Tindakan pantas LUAS kawal pencemaran berjaya elak henti tugas loji air

SHAH ALAM, 23 MEI: Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengawal pencemaran di lembangan Sungai Langat semalam berjaya mengelakkan henti tugas loji rawatan air (LRA) Semenyih.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata agensi berkenaan bersama pihak berkuasa lain menerima maklumat daripada orang awam membabitkan beberapa premis di Kampung Sesapan Kelubi, Beranang.

Hasil siasatan, katanya, mendapati terdapat aliran air daripada sebuah kilang yang mengalir ke saliran berhampiran dan berpotensi menjejaskan Sungai Kabul, 200 meter daripada lokasi itu.

"Pemerhatian LUAS mendapati efluen yang mengalir keluar daripada premis disyaki limpahan air proses kitar semula plastik dan air yang berbau dalam kawasan berkenaan.

"Penemuan juga mendapati tiada sistem pengumpulan air sisa yang disyaki berkemungkinan dilepaskan ke persekitaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, Loy Sian berkata LUAS mengeluarkan surat arahan bawah Seksyen 121(1) Enakmen LUAS 1999 kepada premis untuk menghentikan pelepasan efluen serta-merta dan membuat pembersihan segera.

Tegasnya, pemilik premis juga diarah memulihkan kawasan itu berikutan ia berisiko tinggi menghasilkan air sisa dengan kuantiti tinggi dan boleh menyebabkan pencemaran.

"LRA Semenyih pada jarak anggaran 17km di bahagian hilir premis juga berisiko berdepan henti tugas jika berlaku pelepasan air sisa yang banyak dalam tempoh lama," katanya lagi.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619