AGENDA

Sukan SEA: MSN hargai kejayaan atlet Selangor sumbang 46 pingat

23 Mei 2023, 3:07 AM
Sukan SEA: MSN hargai kejayaan atlet Selangor sumbang 46 pingat
Sukan SEA: MSN hargai kejayaan atlet Selangor sumbang 46 pingat

SHAH ALAM, 23 MEI: Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor mengucapkan tahniah kepada semua atlet negeri yang berjaya menyumbang 46 pingat keseluruhan ketika mewakili negara dalam Sukan SEA Kemboja baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif Mohamad Nizam Marjugi berkata pencapaian berkenaan boleh diperbaiki pada temasya akan datang sekali gus merealisasikan sasaran pingat yang ditetapkan.

"Sebanyak enam emas, 16 perak dan 24 gangsa telah disumbangkan oleh atlet-atlet dari Selangor.

"Kita juga berbangga kerana hampir kesemua atlet yang menyumbangkan pingat tersebut terdiri daripada bakat-bakat muda yang masih boleh beraksi pada edisi akan datang.

"Kita berharap mereka terus berusaha dan berlatih bersungguh-sungguh untuk terus terpilih menggalas tugasan mewakili negara," katanya kepada Selangorkini hari ini.

[caption id="attachment_581907" align="alignnone" width="732"] Barisan atlet dari Malaysia berarak masuk pada acara penutup Sukan SEA 2023 Kemboja di Stadium Nasional Morodok Techo pada 17 Mei 2023. Foto Facebook BERNAMA[/caption]

Enam emas kontinjen negara disumbang Saiful Bahri Musmin (petanque), R Sharmendran dan C Shahmalarani (karate), Ng Jing Xuen (golf) serta enam pemain daripada skuad hoki padang.

Mohamad Nizam berkata pihaknya juga berbangga dengan pencapaian Sharmendran yang berjaya mempertahankan emas buat kali keempat berturut-turut dalam acara kumite lelaki 75 kilogram (kg).

Malaysia sekadar menduduki tempat ketujuh keseluruhan di Kemboja dengan kutipan 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa.

Pencapaian itu menyaksikan kontinjen negara gagal memenuhi sasaran 40 emas, keputusan terburuk dalam sejarah penyertaan kejohanan dwitahunan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619