AGENDA

Dua bekas jaguh pecut Sukan SEA berjaya layakkan diri ke final

12 Mei 2023, 4:07 AM
Dua bekas jaguh pecut Sukan SEA berjaya layakkan diri ke final

PHNOM PENH, 12 MEI: Dua bekas raja pecut Sukan SEA, Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan berjaya melayakkan diri ke saingan akhir 100 meter (m) lelaki edisi 2023 di sini hari ini.

Pada aksi saringan di Stadium Nasional Morodok Techo, Muhammad Haiqal Hanafi yang memenangi emas edisi 2019 di Manila, Filipina, muncul pelari terpantas bagi saringan pertama acara riben biru itu dengan catatan 10.47 saat (s).

Juara edisi 2017 di Kuala Lumpur, Khairul Hafiz pula unggul menguasai saringan kedua dengan menduduki tempat pertama menerusi catatan 10.37s.

Bagi kategori wanita, dua pelari pecut kebangsaan iaitu pemenang perak edisi 2017, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Nur Aishah Rofina Aling turut menempah tiket final dijadual berlangsung petang ini.

Zaidatul Husniah menduduki tempat ketiga dengan catatan 11.69s pada saringan pertama manakala Nur Aishah Rofina, yang membuat penampilan pertama pada temasya sukan dwitahunan itu, merekodkan masa 12.04s, juga di tempat ketiga dalam saringan kedua.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619