AGENDA

1,000 peserta sertai hari ketiga seminar penghayatan kitab Imam al-Ghazali

22 Mei 2023, 3:45 AM
1,000 peserta sertai hari ketiga seminar penghayatan kitab Imam al-Ghazali
1,000 peserta sertai hari ketiga seminar penghayatan kitab Imam al-Ghazali

SHAH ALAM, 22 MEI: Kira-kira 1,000 peserta dari dalam dan luar negara menghadiri Seminar Penghayatan Ihya’ Ulumuddin pada hari ke tiga Festival Turath Islami Selangor di Hotel Concorde di sini hari ini.

Seminar itu merupakan program susulan majlis telaah Daurah Afkar Ihya’ Ulumuddin yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada hujung minggu lalu.

Majlis dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan dihadiri Mufti Selangor Dato’ Setia Dr Anhar Opir, selain beberapa tokoh ilmuwan Islam Nusantara.

[caption id="attachment_582631" align="alignleft" width="567"] Orang ramai mendengar ucapan perasmian oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketka Seminar Penghayatan Ihya' Ulumuddin sempena Festival Turath Islami Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam pada 22 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Antara pengisian menarik di seminar berkenaan adalah pembentangan syarahan Ihya’ dan Penawar Krisis Dunia Moden oleh pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar.

Selain itu, peserta turut berpeluang mendengar pembentangan tokoh ulama Indonesia Profesor Dr Kiai Haji Said Aqil Siradj yang akan membentangkan syarahan bertajuk Ihya’ Imam Al-Ghazali dan Pendidikan Tradisional Asia Tenggara.

Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Dato’ Dr Muhammad Nur Manuty juga akan membentangkan syarahan bertajuk Ihya’ dan Budaya Damai, dan diakhiri dengan pembentangan tokoh ulama Patani, Thailand Baba Haji Ghazali Ahmad Fathoni dengan tajuk Kepentingan Ihya’ dalam Melahirkan Masyarakat Beradab.

Festival Turath Islami Selangor diadakan 20 hingga 25 Mei bersempena projek terjemahan 10 jilid kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali oleh Kerajaan Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619