AGENDA

Telaah kitab Imam Ghazali terus dapat sambutan, kupas isu zakat, puasa

21 Mei 2023, 5:27 AM
Telaah kitab Imam Ghazali terus dapat sambutan, kupas isu zakat, puasa
Telaah kitab Imam Ghazali terus dapat sambutan, kupas isu zakat, puasa
Telaah kitab Imam Ghazali terus dapat sambutan, kupas isu zakat, puasa

SHAH ALAM, 21 MEI: Hari kedua majlis Daurah Afkar Ihya’ Ulumuddin karya Imam al-Ghazali di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terus mendapat sambutan dengan dihadiri lebih 1,000 peserta.

Syarahan sempena Festival Turath Islami Selangor yang dianjur sehingga 25 Mei turut dihadiri isteri Dato' Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad.

Kitab Ihya’ Ulumuddin dikupas bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Jum’ah dalam bahasa Arab yang diterjemah oleh Ustaz Noorazam Bahador dan Faiz Fateh.

Hari ini, tokoh ulama antarabangsa berkenaan mengupas rahsia menunaikan zakat dan kepentingan berpuasa bagi umat Islam.

[caption id="attachment_582491" align="alignnone" width="845"] Orang ramai mendengar Daurah Afkar Ihya' Ulumuddin karya Imam al-Ghazali yang disampaikan oleh bekas Mufti Besar Mesir, Prof Dr Ali Jum’ah ketika Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Mei 2023 . Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Semalam, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri hadir ke program yang merupakan salah satu acara Festival Turath Islami Selangor yang dianjur bagi mengangkat perbincangan dan penghayatan mengenai kitab tersebut.

Festival kali pertama dianjurkan dalam bahasa Melayu merangkumi lapan acara termasuk Daurah Afkar Ihya Ulumuddin, seminar penghayatan Ihya Ulumuddin dan interaksi bersama pemegang taruh seperti pimpinan pendidikan.

Dengan kerjasama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), festival ini menyasarkan penyertaan 2,500 warga Selangor dan rakyat Malaysia.

[caption id="attachment_582492" align="alignnone" width="776"] Orang ramai membeli buku di reruai jualan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) ketika Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Mei 2023 . Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Pendaftaran program boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari https://www.turathislamiselangor.com/

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri, bakal menterjemah 15 karya mulai tahun ini termasuk kitab Ihya Ulumuddin yang bakal diterbit dalam 20 siri dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

Program utama dipancar secara langsung di  Facebook Media Selangor dan  YouTube SelangorTV.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619