PBT

Sertai program kitar semula minyak masak MPS, 100 terawal dapat hadiah

17 Mei 2023, 8:03 AM
Sertai program kitar semula minyak masak MPS, 100 terawal dapat hadiah
Sertai program kitar semula minyak masak MPS, 100 terawal dapat hadiah

SHAH ALAM, 17 MEI: Orang ramai dipelawa menyertai program kitar semula minyak masak pada 24 dan 25 Mei ini bersempena sambutan Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Jururawat.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memaklumkan program diadakan bermula jam 9 pagi hingga 2.30 petang di lobi bangunan lama MPS.

"Pengunjung bertuah yang membawa minyak masak melebihi tiga kilogram pada hari tersebut akan berpeluang membawa pulang hadiah saguhati," katanya di Facebook.

Hadiah hanya akan diberi kepada 100 orang terawal yang terdiri daripada guru, jururawat dan golongan ibu.

MPS juga menggalakkan orang ramai menunjukkan tanda sokongan dalam menjaga kelestarian alam dengan menyertai program berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619