BERITA UTAMA

Buka peluang niaga, produk halal Selangor ke ekspo antarabangsa

17 Mei 2023, 3:28 AM
Buka peluang niaga, produk halal Selangor ke ekspo antarabangsa

SHAH ALAM, 17 MEI: Jaringan perniagaan menerusi eksport, perbekalan dan pemasaran produk halal tempatan diteroka melalui penyertaan usahawan Selangor dalam ekspo antarabangsa di Kanada.

EXCO industri halal berkata acara tahunan yang mempromosikan makanan dan minuman di seluruh dunia membuka peluang peniaga tempatan termasuk usahawan kecil mempromosi produk halal secara meluas.

"Ekspo Salon International De L'alimentation dan Ekspo Halal Kanada merupakan acara tahunan yang mempromosikan makanan dan minuman dan bertapak selama 15 tahun.

"Kami menjalankan jaringan perniagaan dalam sektor pengeksportan, perbekalan dan pemasaran produk halal tempatan di Kanada," kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni di Facebook.

Di Selangor, Persidangan Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) diangkat sebagai acara tahunan dalam menggerak dan membangun industri halal menerusi peruntukan sebanyak RM700,000.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pelbagai dampak positif diperoleh melalui aktiviti padanan niaga yang menemukan pemain industri tempatan dan luar negara untuk menambah pengetahuan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619